Jawatankuasa khas siasat tanah runtuh ditubuh - Kon Yeow - Utusan Malaysia

Jawatankuasa khas siasat tanah runtuh ditubuh – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 24 Okt. – Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat punca sebenar kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini Jumaat lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jawatankuasa yang akan dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman itu juga akan menyiasat dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan.

Katanya, selain Ahmad Zakiyuddin, turut menganggotai jawatankuasa itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari; seorang jurutera dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selain wakil Institut Kejuruteraan Malaysia negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perlu diingat, jawatankuasa ini hanyalah tambahan kepada siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau memberitahu, pihaknya telah menerima laporan awal daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berhubung tragedi itu selain laporan bertulis daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Tragedi Jumaat lalu itu meragut sembilan nyawa dan mencederakan empat yang lain ketika operasi mencari dan mengesan mangsa yang masih hilang terpaksa dilanjutkan sehingga hari kelima semalam disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini