Jangan sekadar sedapkan hati - Utusan Malaysia

Jangan sekadar sedapkan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memastikan penangguhan dan pemberhentian projek penyelenggaraan kepada kontraktor bumiputera ketika ini adalah benar-benar bersifat sementara.

Presiden Persatuan Kontrak­tor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf), Tukiman Radion berkata, pihaknya bukan meragui tetapi tidak mahu kenyataan tersebut sekadar ingi­n menyedapkan hati sahaja sedangkan pada hakikatnya, ke­adaan masih sama.

“Menjelang tahun hadapan, kami betul-betul berharap ada peluang seperti projek atau lesen daripada kerajaan untuk dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Tukiman memberitahu, kuota bumiputera perlu diteruskan dengan pemantauan yang serius daripada kerajaan bagi memastikan tiada gejala ‘ali baba’.

Beliau mengakui memang ter­dapat segelintir kontraktor tidak menjalankan projek yang diterima namun tidak adil jika kerajaan mengambil pendekatan pukul rata dalam menyelesaikan masalah tersebut.

“Pada masa sama, pemantauan perlu diperluaskan ke bahagian agihan projek di setiap jabatan kerajaan kerana di situ turut berlakunya ketirisan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN