Jangan pinggir industri getah - Utusan Malaysia

Jangan pinggir industri getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Walaupun tidak popular, namun kerjaya sebagai penoreh getah mempunyai kepentingan tersendiri di negara ini kerana jika difikirkan, merekalah penggerak utama industri yang bernilai berbilion-bilion ringgit ini.

Harga getah yang merudum teruk ditambah dengan cuaca yang tidak menentu pasti menyukarkan kehidupan penoreh getah di seluruh negara memandangkan kebanyakan mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan hasil jualan komoditi tersebut.

HAIRUL AZRI MD. DIAH
HAIRUL AZRI MD. DIAH 

Menurut seorang penoreh, Hairul Azri Md. Diah, 36, pendapatan beliau kini hanya kira-kira RM450 hingga RM600 sebulan sejak awal tahun lalu.

“Pada tahun 2016 ketika harga getah tinggi, pendapatan kami lumayan, sehingga RM4,000 sebulan. Tahun lepas pun masih baik, kira-kira RM2,000 sebulan. Namun selepas harga jatuh me­rudum, pendapatan kami juga menyusut teruk.

“Tambahan lagi kebanyakan daripada kami mengambil upah menoreh di kebun orang lain, jadi pendapatan perlu dibahagi dua,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Hairul Azri berkata, harga getah di kawasan tempat tinggalnya iaitu di Johol, Negeri Sembilan sekarang adalah RM2.03 sekilogram, se­dangkan harga yang dianggap ‘cukup-cukup makan’ untuk penoreh sepertinya adalah RM2.50 sekilogram.

Menurut maklumat yang di­perolehi Utusan Malaysia, harga getah juga berbeza mengikut kawasan. Di kawasan Nyalas, Me­laka, harga getah jatuh sehingga RM1.60 sekilogram manakala di kawasan Chuping, Perlis kira-kira RM2.34 sen sekilogram.

Mahu tidak mahu, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik untuk membantu golongan penoreh getah ini. Sebagai negara yang menjadikan perkongsian kesejahteraan sebagai asas kemajuan, kebajikan golongan yang banyak menyumbang kepada kekayaan negara sejak dahulu ini tidak wajar dikesam­pingkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN