Jangan cari salah pendatang asing punca pencemaran - Utusan Malaysia

Jangan cari salah pendatang asing punca pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Rakyat negara ini sendiri perlu menunjukkan sikap dan contoh teladan yang baik dengan tidak membuang sampah merata-rata sebelum menyalahkan individu atau komuniti pendatang asing sebagai punca berlakunya kepada masalah pencemaran alam sekitar di negara ini.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, jika pendatang asing mendapati rakyat negara ini sangat menitik beratkan soal kebersihan, mereka sendiri akan terikut dan tidak akan membuang sampah merata-rata.

“Ini samalah juga kalau mereka pergi atau bekerja di London, Jepun atau Singapura yang rakyatnya begitu disiplin dalam hal pembuangan sampah.

“Maka orang luar yang datang dan pendatang asing dengan sendirinya akan melakukan perkara yang sama, mereka tidak akan membuang sampah terutama menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 bertema “Alam Semula Jadi Demi Air” di Pejabat Lembangan Sungai Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kolam Takungan Batu, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN