JOHOR BAHRU – Seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang membina sebuah jambatan di Jalan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini terbunuh apabila jambatan itu runtuh pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika mangsa yang berusia 42 tahun melakukan kerja-kerja pembinaan itu bersama pekerja lain. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa apabila hanya dia seorang sahaja yang jatuh bersama jambatan itu manakala pekerja yang lain tidak terjejas. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd. Sobberi ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menghantar seramai lapan anggota ke tempat kejadian sebaik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya