Jambatan Jalan Rantau Panjang mendap seluas 30 meter - Utusan Malaysia

Jambatan Jalan Rantau Panjang mendap seluas 30 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Penduduk di kawasan Ijok, Bestari Jaya di sini terpaksa berdepan kesukaran berikutan mendapan jalan berlaku di Jambatan Jalan Rantau Panjang di sini semalam.

Jabatan Kerja Raya Kuala Selangor berkata, mendapan tanah di jambatan tersebut dikesan berlaku pada pukul 10.15 malam.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mendapan itu meliputi keluasan kira-kira 30 meter. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jambatan tersebut telah ditutup bagi semua lalu lintas dengan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Rawang (B33) – Jalan Raja Musa (B42) – Jalan Timur Tambahan (B33) untuk aktiviti harian mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini