KUALA LUMPUR 31 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memerintahkan Datuk Seri Jamal Md. Yunos membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM40,000 kepada bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Maria Chin Abdullah atas dakwaan mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan pengganas Daesh. Hakim Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya memutuskan demikian selepas mendapati pernyataan yang dibuat oleh Jamal bersifat fitnah sehingga menjatuhkan reputasi Maria…










