Jalan Templer sesak 3 KM, pengguna dinasihat ikut jalan alternatif - Utusan Malaysia

Jalan Templer sesak 3 KM, pengguna dinasihat ikut jalan alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt.- Pengguna jalan raya di Kilometer 19, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dari arah Selayang berhampiran Institut Kraf Negara, Taman Templer dekat sini dinasihatkan menggunakan alternatif lain selepas dua lorong ditutup untuk kerja pengalihan muatan besi akibat kemalangan antara sebuah treler dan kereta Honda Jazz hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta Honda Jazz dipandu warga emas berusia 85 tahun dikatakan keluar dari susur sebuah stesen minyak di sebelah kiri jalan lalu mengakibatkan treler yang berada di lorong tengah brek secara mengejut.

Menurutnya, muatan besi yang dibawa treler tersebut menggelonsor ke depan dan terkena belakang Honda Jazz yang ketika itu berada di sebelah kiri.

“Muatan besi itu jatuh turut di atas jalan sehingga menutupi dua lorong di lokasi kejadian. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

“Akibat kejadian itu, hanya satu lorong dibuka manakala jalan sesak selama tiga kilometer dari arah Rawang ke pusat bandar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azman, proses pengalihan sedang dilakukan dan anggota trafik turut membuat kawalan lalu lintas bagi melancarkan pergerakan kenderaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN