Jakim komited lakukan intervensi terhadap LGBT - Utusan Malaysia

Jakim komited lakukan intervensi terhadap LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk terus melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang ingin mendapatkan bimbingan.

IZWAN YUSOF
IZWAN YUSOF 

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial dan Komuniti di Jakim, Dr. Izwan Yusof berkata, Jabatan itu juga menyeru masyarakat agar bersama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memantau perilaku anak-anak supaya diberikan didikan dan penghayatan agama sebaik mungkin.

“Gay menurut definisi oleh Blanch Consulting adalah seseorang yang memiliki tarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.

“Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis sama ada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki ‘tarikan sama jenis (same sex attraction),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Izwan semalam di Pulau Pinang dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah pengamal hubungan seks sejenis terutama gay di negara ini berada pada tahap membimbangkan apabila lebih 300,000 individu dikesan terlibat dengan perbuatan songsang itu ketika ini.

Mengulas berhubung kenyataannya itu semalam, beliau menambah, angka 310,000 individu terlibat gay itu masih belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan sebagaimana dipetik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN