Jadi mata, telinga PBT - Utusan Malaysia

Jadi mata, telinga PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMALAM Menteri Besar, Datuk Osman Sapian ketika berucap dalam majlis upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) mahukan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh masa tiga bulan.

Beliau mahu ahli majlis PBT yang dilantik dalam upacara tersebut menyelesai dan mengambil tindakan terhadap aduan awam dalam tempoh tidak sampai 100 hari itu. Penulis percaya mesej Osman itu untuk semua ahli majlis PBT sekali gus meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI).

Sudah pastinya semua ahli majlis PBT kali ini adalah muka-muka baharu selepas pertukaran kerajaan negeri pada Mei lalu. Justeru, mereka harus faham tugas dan tanggungjawab terutama dalam membuat dasar, merancang dan menga­wasi pelaksanaan program pembangunan peringkat PBT.

Mereka sebenarnya berpera­nan sebagai ‘wakil rakyat kecil’ di zon masing-masing. Ramai yang masih tidak tahu menge­tahui fungsi dan kewujudan mereka sedangkan dikeba­nyakan negara maju, ahli majlis biasanya popular dan sangat penting malah dilantik melalui sistem pilihan raya.

Sempena era Malaysia baharu, segala peri laku buruk ahli maj­lis kerajaan terdahulu perlu diting­galkan. Contohnya dengan menjadikan PBT sebagai ‘lubuk’ mendapatkan projek serta meng­hukum kawasan pembangkang dengan tidak memberi peruntukan atau tidak melakukan kerja-kerja penyelenggaraan semata-mata atas dendam politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN