Jabatan Kesihatan sentiasa lakukan pemantauan - Utusan Malaysia

Jabatan Kesihatan sentiasa lakukan pemantauan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Okt. – Jabatan Kesihatan negeri sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan kesihatan di setiap premis makanan supaya tidak timbul sebarang isu yang boleh mengganggu- gugat ketenteraman masyarakat.

Pengarahnya, Dr. Zaini Hussin berkata, pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa melakukan pemantauan tersebut termasuk laporan yang diterima daripada orang ramai. 

“Sama ada Kelantan mahupun negeri-negeri lain, pihak kita memang sentiasa membuat pemantauan di setiap premis makanan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga biasa mendapat maklumat dan aduan awam melalui Facebook dan daripada situ juga pemantauan akan dilakukan. Setakat ini, tiada isu yang berlaku seperti di Kedah baru-baru ini,” katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan 2018 di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini. 

Tular di media sosial baru-baru ini apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan 19 kes keracunan makanan di Perak dan Kedah termasuk dua kematian dipercayai berkaitan laksa dari Kupang di Baling. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini