Jabatan Kesihatan Negeri Kedah rampas 388 botol minuman keras - Utusan Malaysia

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah rampas 388 botol minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah merampas sebanyak 388 botol minuman beralkohol pelbagai jenama bernilai RM6,218 selepas memeriksa tiga premis termasuk kedai ubat dalam Ops Alkohol di sekitar bandar ini hari ini.

Operasi bermula pukul 10.30 pagi hingga 2 petang itu dilakukan 41 anggota Jabatan Kesihatan negeri melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda dengan dibantu PKD Yan dan Bandar Baharu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak tujuh notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 membabitkan satu kes tidak menyatakan senarai ramuan serta masing-masing tiga kes tiada pernyataan ‘meminum arak boleh membahayakan kesihatan’ dan isipadu kurang daripada 700 mililiter (ml).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 388 botol minuman beralkohol pelbagai jenama telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM6,218,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai operasi Op Alkohol tersebut yang dilakukan di lima buah premis di sekitar bandar ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini