Jabatan Imigresen serbu pusat hiburan eksklusif di Melaka - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen serbu pusat hiburan eksklusif di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Okt. – Jabatan Imigresen hari ini berjaya menahan 38 wanita dan lima orang lelaki warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan eksklusif yang beroperasi di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan tentang penyalahgunaan pas selain warga asing tidak mempunyai permit dan dokumen sah.

Beliau berkata, wanita warga asing yang ditahan bekerja sebagai sebagai ‘deejay’, penari serta menjadi gadis kalung bunga dan wanita terbabit menerima tip bayaran antara RM50 sehingga RM2,000.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 240 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu 38 wanita dan lima lelaki warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Turut dirampas wang tunai sebanyak RM 6,775.

“Antara yang ditahan ialah seorang wanita warga Thailand yang bekerja sebagai ‘deejay’ dan tiga wanita warga Korea Selatan yang bekerja sebagai penari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Turut ditahan ialah dua warga tempatan yang dipercayai bekerja sebagai pengurus premis dan juruwang, sebanyak 33 Borang 29 (saman saksi) telah juga dikeluarkan kepada pelanggan premis bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN