BARU-BARU ini, kecoh seketika apabila ada khabar angin mendakwa kononnya rumah tangga pelakon Lufya Omar dan suami, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharom, 28, bermasalah. Semuanya hanya kerana gara-gara pelakon berusia 33 tahun itu dikatakan bertindak memadam gambar-gambar suaminya yang pernah dikongsikan sebelum ini. Bagaimanapun, menurut Lufya semua itu hanyalah spekulasi semata-mata. Katanya, hubungannya dan suami baik-baik sahaja. “Khabar angin yang mengatakan rumah tangga kami retak itu hanyalah satu spekulasi…










