LUMUT 31 Okt. – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan tentera baharu-baharu ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian korporat Kementerian Pertahanan. Liew berkata tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggungjawab. “Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang pakai tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami…










