Itu bukan masa saya - Hasan - Utusan Malaysia

Itu bukan masa saya – Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Datuk Seri Hasan Arifin menjelaskan dakwaan kononnya laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, tidak berlaku ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2015 - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan
Datuk Seri Hasan Arifin

Hasan bagaimanapun berkata, dakwaan Timbalan Pengerusi PAC , Wong Kah Woh semalam ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11) itu kurang jelas.

Justeru, beliau meminta Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk memberi penjelasan secara terperinci berhubung dakwaan tersebut.

“Itu bukan masa saya. Sebenarnya, saya pun tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi PAC. Dakwaan itu tidak dijelaskan dengan betul.

“Setahu saya, apa yang dibentangkan kepada kita, itulah yang kita dapat daripada Ketua Audit Negara,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Kah Woh mendakwa, isu 1MDB begitu serius bukan sekadar PAC sebelum ini gagal membuka semula siasatan malah berlaku salah guna kuasa yang mana laporan asal Ketua Audit Negara dipinda atas arahan sesetangah pihak.

Kah Woh juga mendakwa beberapa agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ berikutan isu berkenaan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN