PUTRAJAYA – Hubungan dua hala Malaysia dengan Arab Saudi kekal kukuh, walaupun komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap Riyadh susulan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia tidak campur tangan dalam isu itu dan beliau percaya Arab Saudi mampu menyelesaikannya. “Ketika ramai rakyat kita terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, Malaysia kekal dengan pendirian untuk melihat hasil siasatan penuh. Dalam semangat yang sama, oleh kerana siasatan…










