Isu keselamatan faktor kantin Malaysia Hall London ditutup kepada warga asing - Utusan Malaysia

Isu keselamatan faktor kantin Malaysia Hall London ditutup kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Penutupan kantin Malaysia Hall di London kepada warga asing adalah atas faktor keselamatan, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menambah, beberapa insiden kecurian termasuk kecurian pasport dilaporkan sering berlaku di situ, menyebabkan tindakan tersebut perlu dilakukan.

“Bagaimanapun keputusan ini tidak menganggu atau melibatkan rakyat Malaysia kerana mereka hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan untuk masuk (ke kantin Malaysia Hall)… tidak ada masalah untuk mereka.

“Jika mereka datang dengan rakyat asing, perkara itu mungkin boleh dipertimbangkan atas budi bicara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Parlimen Indera Mahkota di Gelanggang Futsal Kampung Tiram di sini, hari ini.

Saifuddin berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media semalam, mengenai penutupan kantin Malaysia Hall kepada warga asing dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat kepada warga Malaysia yang ingin menikmati juadah di situ.

Saifuddin juga menyifatkan kantin Malaysia Hall yang beroperasi di Bedford Row, London juga perkara yang unik kerana ia merupakan satu-satunya kedutaan yang membuka kantinnya kepada pengunjung luar yang ingin menikmati juadah tempatan pada harga subsidi. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN