Isu akta racun diguna untuk ketum akan dibincang - Utusan Malaysia

Isu akta racun diguna untuk ketum akan dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 14 Okt. – Isu akta yang kurang berkesan sehingga dikatakan antara punca ketum gagal ditangani khususnya di sempadan negara ini, akan dibawa ke peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Azis Jamman ketika memaklumkan perkara itu berkata, isu tersebut antara yang diberi perhatian pihaknya semasa lawatan beliau selama dua hari ke sempadan negeri ini dan Kedah, bermula semalam.

Katanya, pada masa sama pihaknya juga akan membawa isu pagar sempadan yang uzur dan sering kali dirosakkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akta Racun (1952) yang masih digunakan untuk menangani ketum ini akan dibincangkan bersama kementerian lain.

“Pada masa sama, kita juga akan membawa isu pagar sempadan (uzur dan dirosakkan) setelah saya sendiri meninjaunya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan kerja untuk meninjau status pembinaan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang baharu di Jalan Seriab di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

Pada 2015, kerajaan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 yang turut memperuntukkan penyenaraian daun ketum sebagai dadah berbahaya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, projek pembinaan IPK negeri ini berjalan dengan lancar dan dijangka boleh digunakan pada Mac depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini