Isteri maut ditetak suami - Utusan Malaysia

Isteri maut ditetak suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN 28 Okt. – Seorang wanita maut selepas ditetak suaminya dalam sebuah rumah di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa merupakan pekerja sebagai pemungut biji sawit di ladang itu sejak sebulan lalu manakala suspek yang berusia 30-an tidak bekerja.

“Hasil siasatan lanjut di tempat kejadian menemukan mayat mangsa yang berada di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan pada badan mayat itu mendapati terdapat kecederaan kesan tetakan di muka sebelah kiri, di bahagian atas dan belakang kepala serta pergelangan tangannya separuh putus,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek berjaya ditahan malam tadi di sebuah kawasan perumahan berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN