KEPALA BATAS 26 Okt. – Hanya kerana tercalarkan kereta jenis BMW milik suaminya, seorang wanita cedera dipukul di sebuah pangsapuri di Butterworth, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek sebelum mangsa yang berusia 40 tahun dipukul menggunakan kerusi dan tangan selain ditolak dan dihentak ke dinding yang disaksikan oleh ibunya sendiri. Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang berusia 42 tahun kemudiannya melarikan diri selepas kejadian itu. “Pertengkaran itu dipercayai berpunca apabila terdapat kesan calar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya