TEL AVIV 24 Okt. – Israel akan menyambung semula penghantaran minyak ke Genting Gaza, hari ini selepas 12 hari menghentikan operasi pengangkutan bahan bakar itu ekoran keganasan di sempadan Israel-Gaza. “Selaras dengan cadangan oleh agensi keselamatan, adalah diputuskan penghantaran minyak sumbangan Qatar diteruskan semula bermula esok,” kata kementerian pertahanan Israel dalam satu kenyataan. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman Ahad lalu mengarahkan pintu masuk bagi pejalan kaki dan barang dari Gaza…










