BAITULMUQADDIS 23 Okt. – Israel semalam membebaskan dua pegawai Pihak Berkuasa Palestin yang ditahan minggu lalu berhubung dakwaan pembabitan mereka membantu penculikan seorang penduduk Palestin di sini. Bagaimanapun, polis Israel tidak memberikan butiran lanjut berhubung penahanan Adnan Gheith dan Jihad Al-Faqeeh. Peguam Adnan, Mohammed Mahmoud berkata, anak guamnya diarahkan menjauhi Baitulmuqaddis, kekal dalam tahanan rumah selama tujuh hari dan membayar denda. – REUTERS










