KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Islam tidak mengajar umatnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara keterlaluan hingga menceroboh kediaman dan privasi individu di tengah malam. Perdana menteri berkata, sebaliknya Islam adalah sebuah agama yang mengutamakan dan mementingkan hak asasi manusia sejagat. “Islam tidak suruh kita pergi cari salah orang sampai kerabat (ceroboh) rumah orang lain, itu bukan Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan “Persidangan Penuaan, Pembelajaran…










