KUALA LUMPUR 15 Okt. – Isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 dilaporkan mempunyai pendapatan yang masih berbaki selepas mengambil kira inflasi sebanyak RM76 pada 2016, berkurangan daripada RM124 pada 2014. Menurut Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), situasi itu berpotensi mendedahkan isi rumah kumpulan berkenaan kepada apa-apa kejutan ekonomi atau kecemasan. Laporan itu juga turut mendedahkan, isi rumah dengan pendapatan di bawah RM2,000 juga…










