Irwan Serigar tiba di mahkamah KL - Utusan Malaysia

Irwan Serigar tiba di mahkamah KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada pukul 8.10 pagi tadi.

Mohd. Irwan bakal menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan berhubung kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tiba dengan memakai baju sut lengkap berwarna biru gelap menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex berwarna hitam dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, media melaporkan Mohd. Irwan dan Najib  akan dituduh secara bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah dipercayai berkaitan kes pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd. (1MBD) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Menurut sumber, kesemua pertuduhan itu akan dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan  sejumlah wang yang dipercayai bernilai lebih RM6 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN