Interpol rampas 500 tan dadah - Utusan Malaysia

Interpol rampas 500 tan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 23 Okt. – Agensi kerjasama polis antarabangsa Interpol mendedahkan serbuan polis terancang di 116 buah negara telah berjaya merampas 500 tan ubat-ubatan farmasi yang dijual secara haram dalam talian.

Antara yang dirampas ialah ubat-ubatan kanser dan pil sakit palsu serta jarum suntikan haram.

Operasi berkenaan yang dikenali sebagai Pangea XI telah membawa kepada 859 tangkapan dan rampasan bernilai kira-kira AS$14 juta (RM58 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tertumpu kepada perkhidmatan penghantaran yang dimanipulasi oleh rangkaian jenayah terancang, operasi berkenaan menyaksikan 3,671 pautan laman sesawang, media sosial dan pasaran dalam talian,” kata Interpol. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini