TUMPAT 28 Okt. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal memperkenal insuran berkelompok petani bagi mengatasi masalah kerugian hasil tanaman akibat bencana termasuk banjir. Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, kementerian tersebut kini dalam fasa akhir menyiapkan modul dan kaedah insuran berkenaan sebelum diserahkan kepada kabinet awal tahun hadapan untuk diputuskan. Beliau berkata, kaedah terbaik sedang dikaji agar pelaksanaan insuran itu tidak akan membebankan kerajaan mahupun petani. “Kalau…










