JAKARTA 31 Okt. – Pengarah Teknikal Lion Air, Muhammad Asif dan beberapa juruteknik yang dikaitkan dengan tragedi pesawat Boeing 737 JT610 yang terhempas pagi semalam dipecat daripada tugas rasmi hari ini.
Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Perhubungan Indonesia selaku badan penyelaras industri penerbangan dalam negara itu.
“Hari ini kami mengarahkan agar Pengarah Teknikal penerbangan termasuk kakitangan teknikal yang mengesahkan pesawat terbang tersebut boleh berlepas, dipecat dan digantikan,” kata jurucakap kementerian, Budi Karya Sumadi dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Lion Air dalam kenyataannya pula memaklumkan, pihaknya akur dengan arahan tersebut dan telah memecat Muhammad Asif dari tugas rasminya.
Tempat beliau kini disandang oleh Muhammad Rusli.

Isnin lalu, pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT610 yang sedang dalam perjalanan ke Pangkalpinang terhempas ke dalam Laut Jawa sejurus berlepas dari Jakarta.
Ketika kejadian, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu membawa 189 penumpang dan anak kapal. – AFP/BBC Indonesia











