JAKARTA 31 Okt. – Indonesia menghantar penyelam hari ini selepas menerima isyarat pengesan di timur perairan Jakarta dipercayai kawasan lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas.
Terdahulu Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata, pihaknya percaya bangkai pesawat itu telah berjaya dikesan.
Seorang pegawai keselamatan pengangkutan memaklumkan sekumpulan penyelam telah dihantar setelah kumpulan mencari dan menyelamat menerima isyarat `ping’ lewat semalam. – Reuters










