JAKARTA 30 Okt. – Indonesia memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu berhubung insiden pesawat Lion Air JT-610. Pelbagai berita palsu telah tersebar sejak pesawat terbabit terhempas di Tanjung Karawang awal pagi semalam. “Demi kita semua, tolong jangan sebarkan gambar mangsa dan berita palsu. Tolong faham situasi ketika ini,” kata jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho menerusi Twitter. – AFP










