NEW DELHI – India telah memohon pengampunan untuk pekerja haramnya yang berada di Malaysia bagi membolehkan mereka memilih sama ada menghalalkan kehadiran di negara ini atau pulang ke negara asal, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran. Perkara itu dibincang ketika pertemuan antara Kulasegaran dan Menteri Hal Ehwal Luar India, Sushma Swaraj di New Delhi semalam. Bercakap kepada pemberita di sini, Kulasegaran berkata, beliau telah memaklumkan menteri India itu bahawa satu jawatankuasa…










