Indah penuhi impian - Utusan Malaysia

Indah penuhi impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Walaupun bidang pe­ngajian Melayu kurang mendapat tempat da­lam kalangan rakyat ketika ini, seorang warganegara China, HanXiao atau lebih mesra dipanggil Indah Han menongkah arus apabila memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengajian Melayu di Universiti Malaya (UM), semalam.

Menurut Indah Han yang berusia 34 tahun, cinta pandang pertama terhadap bahasa Melayu bermula ketika beliau melanjutkan pelajaran di Beijing Foreign University (BFSU), China pada tahun 2002 dalam bidang pengajian Melayu.

“Pada awal pengajian, saya didedahkan dengan syair, pantun, seloka dan peribahasa dan selepas beberapa ketika, saya tertarik dengan kesantunan orang Melayu yang ditonjolkan dalam bahasa mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas memperoleh ijazah sarjana pada 2006, saya nekad untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang sama di luar negara dan memilih UM bagi mencapai impian tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Indah Han yang juga pensyarah pengajian bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Asia-Afrika BFSU, beliau memulakan pengajian di pe­ringkat PhD pada 2010 secara sambilan dan hanya datang ke Malaysia dua kali dalam setahun untuk berjumpa dengan penyelianya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini