PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil keputusan muktamad menghentikan sepenuhnya pengeluaran permit import (AP) bagi sampah plastik berkuat kuasa semalam. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, selain faktor kesihatan dan alam sekitar, langkah itu antara lain sebagai pemangkin ke arah memperkasa industri plastik tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang. “Peranan industri plastik tempatan akan berubah kepada pemain utama sekali gus menghentikan kebergantungan kepada bahan yang dibawa dari luar negara. “Kita akan sediakan kerangka masa untuk tempoh tiga tahun sebelum industri plastik tempatan mengambil alih peranan sebagai pembekal secara total,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya