Impian bergelar juara mampu dicapai - Utusan Malaysia

Impian bergelar juara mampu dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIO pelumba negara optimis peluang mereka untuk muncul juara dunia pada perlumbaan Kejua­raan Endu­rance Dunia (WEC) mampu direali­sasikan, namun perlu mengekalkan momentum kemena­ngan pada baki empat perlumbaan musim ini.

Tiga pelumba negara iaitu Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Weiron Tan menemui formula terbaik apabila muncul juara dalam kelas LMP2 pada perlumbaan pusingan keempat di Fuji, Jepun baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas pelumba Formula 3 (F3) itu mengakui mereka juga tidak terlepas daripada cabaran untuk bergelar juara memandangkan ramai dalam kalangan peserta WEC merupakan bekas pelumba Formula Satu (F1).

“Perlumbaan ini sangat mencabar kerana rata-rata pelumba yang ber­aksi dalam saingan ini mempunyai pengalaman di pentas F1, jadi pasti mereka ada percaturan tersendiri untuk merebut kejuaraan.

“Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan pencabar lain dan akan cuba mengekalkan momentum kemenangan.

“Bagi saya, peluang untuk bergelar juara keseluruhan pasti ada tetapi kami mahu fokus untuk meraih kemenangan dalam baki empat perlumbaan. Jika kami melakukan kesilapan pasti peluang untuk muncul juara tipis.

“Kemenangan pada perlumbaan Enam Jam Fuji di Jepun bakal menjadi bekalan terbaik untuk dibawa pada perlumbaan di Shanghai, China nanti,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Pasukan negara kini menduduki tempat ketiga secara keseluruhan setelah berkongsi pungutan 86 mata bersama satu lagi pasukan yang sama nama Jackie Chan DC Racing dan di­pisahkan hanya satu mata di belakang pendahulu Signa­tech Alpine.

Empat lagi baki perlumbaan adalah Enam Jam Shanghai, China (hari ini), 1000 Batu Sebring, Amerika Syarikat (15 Mac 2019), Enam Jam Spa-Francorchamps, Belgium (4 Mei 2019) dan terakhir 24 Jam Le Mans, Perancis (15-16 Jun 2019).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN