Imigresen tahan sembilan lelaki - Utusan Malaysia

Imigresen tahan sembilan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sembilan termasuk seorang warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen kerana terlibat dengan aktiviti menawarkan khidmat pekerja asing kepada syarikat-syarikat yang memerlukan.

Suspek ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa di sebuah premis yang berselindung di sebalik agensi pelancongan di Jalan Masjid India di sini pada 7.30 malam semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya berjaya merampas sejumlah wang tunai hampir RM100 ribu bersama-sama dengan lapan buah komputer.

“Turut dirampas 1,731 naskah pasport yang terdiri daripada pelbagai negara antaranya ialah India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Pakistan dan Myanmar.

“Kita juga percaya ramai majikan di luar sana telah tertipu dengan sindiket ini dan menyeru syarikat-syarikat yang berurusan dengan sindiket tersebut untuk tampil membantu siasatan sebelum tindakan lebih tegas diambil terhadap mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Jabatan Imigresen di Jalan Duta di sini hari ini.

Tambahnya, lapan orang suspek lelaki warganegara India dan seorang lelaki tempatan berumur di antara 23 hingga 73 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN