KHABARNYA Keena bukan main ligat lagi sekarang ni melebarkan sayap ke negara jiran, Indonesia. Bukan sahaja sudah menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat rakaman popular tetapi jadualnya juga sudah padat di sana sehingga beberapa bulan ke depan.
Dia juga bakal mengadakan temubual dengan 70 stesen radio di sana dan menyertai beberapa program TV. Fuhhh… boleh tahan ligat ye?
Di sana Keena menggunakan nama Keena Prasista. Wow, sampai kena tukar nama ke? Tidak apalah, itu soal nombor dua tapi menembusi pasaran di sana pun sudah cukup baik, itu pencapaian luar biasa.
Apa yang dilakukan oleh Keena untuk mengembangkan bakatnya tidak harus dipandang sebelah mata. Sama juga dengan Min Yasmin yang berjaya menembusi pasaran Filipina, mereka memang luar biasa.
Realitinya, orang-orang macam mereka ni kurang dihargai oleh peminat tempatan. Daripada terus menagih perhatian ramai, baiklah bergerak dan mencari ‘rumput’ yang lebih hijau.
Tapi bila melihatkan imej Keena di sana sebenarnya ‘mengerikan’. Dia bukan sahaja mengenakan pakaian yang daring, ketat dan seksi tetapi memberahikan. Patutlah cepat diterima. Opsssss!











