TARIKH 28 September, hari Jumaat dianggap satu tragedi hitam buat seluruh penduduk di Kota Palu, Sulawesi apabila kota tersebut dilanda gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter yang kemudian disusuli pukulan hebat tsunami. Hanya dalam tempoh beberapa detik sahaja kota Palu hancur akibat gempa bumi dan tsunami. Diburukkan lagi dengan ancaman fenomena likuifaksi atau pencairan tanah (seolah-olah lumpur daripada dalam tanah) yang boleh menelan apa sahaja yang terdapat di atas bumi.…










