KUALA LUMPUR 25 Okt. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan bekas ketua pengarah, Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid diikat jamin RM500,000 dengan dua orang penjamin.
Hakim Azman Ahmad turut memerintahkan Hasanah, 61, menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai sebagai syarat tambahan.
Mahkamah tetapkan 29 November ini untuk sebutan kes.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan Hasanah, 61, diikat jamin sebanyak RM1 juta, bagaimanapun pasukan pembelaan memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM300,000. – UTUSAN ONLINE











