PASIR MAS 1 Okt. – Siapa kata membela ikan sekadar hobi semata-mata! Bagi seorang juruteknik komputer kegilaannya membela ikan gapi bukan sekadar hobi pada awalnya tetapi kini menjadi sumber rezeki buat menambah pendapatan sampingan. Che Mohamad Asyraf Che Hussin, 32, berkata, dia sama sekali tidak menyangka minat yang berputik sejak kecil itu membawa tuah padanya. Menurutnya, pada masa kini, minat orang negeri ini terhadap kecantikan ikan gapi ini semakin memuncak…










