KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini. Sufian, 26, menerima penghormatan terbabit pada Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-89 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Katanya, kejayaan tersebut secara tidak langsung menjadi hadiah istimewa buatnya dan keluarga selepas melalui pelbagai halangan termasuk kisah putus tunang dengan pelakon Elfira…










