MALAM itu segerombolan lelaki bertopeng terdiri daripada kira-kira 150 orang membawa senjata berupa batang besi, pisau dan senjata api menyerbu kampung Na Nong Bong yang terletak di wilayah Timur Laut Loei, Thailand. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara. Penduduk yang berani menentang akan dibelasah dan ditawan di tempat mereka sendiri. Selama beberapa jam warga desa diselubungi ketakutan. Penyerang terbabit turut meruntuhkan sekatan jalan menghala ke lombong bijih emas yang dibina penduduk.…










