INTER – Penyerang Inter Milan, Mauro Icardi mengesahkan bahawa dia akan kekal San Siro selepas bersetuju untuk memperbaharui kontrak dalam masa terdekat.
Perkembangan itu sekali gus mengetepikan khabar angin yang mendakwa dia bakal menyertai Real Madrid serta Chelsea semasa jendela perpindahan pemain dibuka Januari depan.
“Saya gembira di sini dan membuat keputusan untuk kekal bersama Inter. Sewaktu mula-mula menyertai Inter, sudah menjadi impian saya untuk beraksi pada saingan Liga Juara-Juara dengan memakai jersi pasukan ini dan sebab itu saya tidak mahu berpindah.
“Saya akan mengadakan perbincangan de- ngan Inter bagi memperbaharui kontrak, namun saya tidak dapat pastikan bahawa segala-galanya akan selesai sebelum perayaan Krismas (25 Disember),” katanya.
Sebagai rekod, kontrak semasa pemain berusia 25 tahun itu bersama Inter akan tamat pada 2021.
Kontrak yang ditandatangani berkenaan turut diselitkan dengan klausa pelepasan berjumlah €110 juta (RM527.38 juta).
Sepanjang tiga tahun beraksi bersama Inter, pemain antarabangsa Argentina itu muncul sebagai penyerang paling berpe-ngaruh apabila mampu meledakkan lebih daripada 20 gol pada setiap musim. – Agensi









