Ibu ugut tikam diri, halang anak ditangkap - Utusan Malaysia

Ibu ugut tikam diri, halang anak ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINARUT – Seorang ibu mengugut untuk membunuh diri bagi menghalang penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah menahan anaknya yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam serbuan di sekitar daerah ini hari ini.

Dalam serbuan antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu, wanita yang berusia lingkungan 60-an tersebut ingin menikam dirinya tetapi, dihalang pasukan penguatkuasa di lokasi terbabit.

Ketua Operasi AADK negeri, Erwan Roslan berkata, warga emas itu akhirnya akur dengan bidang tugasan penguatkuasa dan membenarkan anaknya ditahan.

“Suspek antara 10 penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di sekitar Kinarut di sini hari ini.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 42 tahun didapati positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Erwan, lokasi serbuan tertumpu di kawasan panas tumpuan penyalahgunaan dadah melalui hasil risikan AADK dan maklumat orang awam.

Katanya, lokasi serbuan melibatkan kawasan perkampungan di Kampung Laut Kinarut, Kampung Pengalat Kecil Papar dan Kampung Gadung Kimanis di sini.

Kesemua suspek dibawa ke pejabat AADK di Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN