Ibu Ibrahim Ali selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Ibu Ibrahim Ali selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 31 Okt. – Ibu kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali, Che Siti Che Leh, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Morak pada pukul 8 malam, di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang dan dibawa terus ke kediaman Ibrahim.

Jenazah disembahyangkan di kediaman tersebut di Taman Mimi, Wakaf Bharu di sini yang dihadiri kenalan dan ahli keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut anak kesembilan arwah, Azmi Ali, ibunya meninggal dunia akibat sakit tua di rumah salah seorang anaknya di Kayangan Height, Shah Alam, kira-kira pukul 8 pagi hari ini.

“Arwah yang berusia 104 tahun sudah 18 tahun lumpuh dan mempunyai 13 anak serta 60 cucu,” katanya ketika ditemui Utusan Online di tanah perkuburan tersebut, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini