Ibu Ibrahim Ali meninggal dunia pagi ini - Utusan Malaysia

Ibu Ibrahim Ali meninggal dunia pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ibu kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali, Che Siti Che Leh, meninggal dunia akibat sakit tua di sini pagi tadi.

Che Siti yang berusia 104 tahun sebelum ini sudah 18 tahun lumpuh menghembuskan nafas terakhir di rumah salah seorang anaknya di Kayangan Height di sini. 

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memaklumkan, Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung kelahirannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Dengan rasa dukacita dan sedih saya ingin maklumkan Ibunda kepada Datuk Dr. Ibrahim Ali Presiden Perkasa telah kembali ke rahmatullah pagi ini,” katanya melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi. – K! ONLINE  
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN