Hukuman penjara, sebat dan denda kekal ke atas pelaku sumbang mahram  - Utusan Malaysia

Hukuman penjara, sebat dan denda kekal ke atas pelaku sumbang mahram 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini menolak rayuan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dengan enam sebatan serta denda RM5,000 kerana melakukan sumbang mahram tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Abdullah kemudian membuat keputusan mengekalkan hukuman tersebut yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 17 April tahun lalu.

Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya meneliti rekod rayuan hujahan bertulis dan lisan daripada pendakwaan dan perayu.

“Mahkamah sebulat suara memutuskan untuk menolak rayuan perayu dan perintah (hukuman) Mahkamah Tinggi Syariah Kedah pada 17 April 2017 kekal,” katanya ketika prosiding di sini hari ini.

Beliau berkata, mahkamah berpendapat bahawa hukuman tersebut wajar dikenakan ke atas tertuduh agar ia menjadi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi kesalahan sama selain iktibar kepada masyarakat di luar sana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN