GOPENG 23 Okt. – Hujan lebat berterusan hampir tiga jam menyebabkan berlaku hakisan tanah di tebing lombong di Jalan Desa Cahaya, Lawan Kuda di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Rohana Mustafa berkata, hakisan sepanjang 30 meter itu turut menyebabkan lima batang tiang elektrik dan pokok tumbang.
Katanya, kejadian berhampiran kawasan perumahan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.50 petang dan mendapati terdapat hakisan tanah di tebing lombong tersebut.
“Anggota bertindak memasang sesawang bagi mengelakkan kenderaan melalui kawasan tersebut dan operasi pemantauan masih dijalankan bersama pihak polis,” katanya. – UTUSAN ONLINE











