Hormati privasi Chong Wei - Utusan Malaysia

Hormati privasi Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS hampir tiga bulan menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan sejak Julai lalu, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka tiba di tanah air hari ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa kesihatan pemain berusia 36 tahun itu berada pada tahap yang baik sehingga diberi pelepasan untuk pulang ke Malaysia.

“Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa Chong Wei telah diberi kebenaran oleh pasukan perubatannya untuk pulang ke Kuala Lumpur esok (hari ini).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi BAM, saya menggesa pengamal media dan orang awam umumnya untuk menghormati privasi dan keluarga beliau,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Norza tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan bintang badminton dunia itu dan difahamkan beliau akan diterbangkan dengan menggunakan pesawat peribadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini