Hoki: Malaysia teruskan momentum kemenangan, tundukkan Korea Selatan 4-2 - Utusan Malaysia

Hoki: Malaysia teruskan momentum kemenangan, tundukkan Korea Selatan 4-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia 2018 setelah menundukkan Korea Selatan 4-2 pada perlawanan ketiga pusingan awal di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman awal pagi tadi.

Pasukan negara mendahului menerusi gol padang daripada Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-11 sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan melalui Yang Jihun hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-15, menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Pakar pukulan sudut penalti, Jang Jonghyun meletakkan Korea Selatan di hadapan pada minit ke-20, namun hanya mampu melihat Malaysia menjaringkan tiga gol lagi menerusi Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-22, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-35) dan Faizal Saari pada minit ke-57.

Malaysia akan berhadapan dengan tugas berat apabila menentang juara Asia, India pada perlawanan  keempat pusingan awal.

Enam negara – India, Jepun, Malaysia, Pakistan, Korea Selatan dan tuan rumah Oman – mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN